permodenan majlis perkahwinan masyarakat melayu
Di zaman yang moden dan printis pada masa kini, masyarakat
haruslah berkembang seiring dengan pemodenan di dunia dan menerima segala
perubahan yang berlaku agar masyarakat tidak ketinggalan dalam segala hal
termasuk dalam era perkembangan teknologi. Modern
berasal dari perkataan Latin ‘modo’ yang bermaksud ‘just now’
atau sebentar tadi. Pemodenan dihubungkan dengan
konsep-konsep utama seperti Pembangunan,
Perindustrian, PerbandaranEra
globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan
selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan
teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap
nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran
dan penghayatan agama.Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan
teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi
teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan
sesebuah negara. Nagara Malaysia sendiri telah mengalami permodenan dan
perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang termasuklah gaya hidup
masyarakatnya. Setiap negara yang terdapat di dunia ini
sentiasa berlumba – lumba untuk meningkatkan lagi tahap teknologi dan
permodenan negara masing – masing. Bagi Malaysia, kita sering berusaha untuk
mengarusperdanakan teknologi dan pemodenan dari masa ke semasa. Sekiranya pada
zaman dahulu kita dianggap sebagai salah sebuah negara mundur yang tidak
mempunyai teknologi, tetapi sekarang kita sudah boleh dikatakan mampu untuk
bersaing dengan negara luar dari segi perkembangan teknologi dan pemodenan.
Menurut Tun Dr. Mahathir iaitu bapa pemodenan Malaysia, rakyat Malaysia
sekarang sudah mampu untuk menghadapi penerimaan teknologi dan pemodenan yang
semakin canggih. Masyarakat sekarang ini terutamanya di negara Malaysia mampu
untuk menggunakan teknologi dan permodenan yang sedia ada malah kebanyakkannya
menggunakannya dalam kehidupan harian mereka. Seperti yang dapat kita lihat,
teknologi komunikasi pada masyarakat Malaysia dahulu agak sukar untuk
berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi lain halnya pada masa kini dengan
perkembangan teknologi komunikasi seperti internet, skype, persidangan video,
masyarakat kini pantas untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan ini. Itulah
yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir. Teknologi dan Pemodenan boleh membawa
kepada kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada masyarakat itu
sendiri tentang bagaimana mereka hendak menerima perkembangan yang sedang
berlaku pada zaman sekarang. Perkahwinan
atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak
pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki
dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut
peraturan yang ditentukan oleh Islam. Adat perkahwinan melayu merupakan ada
resam yang paling disayangi dan paling dipegang teguh oleh kebanyakkan orang
melayu. Namum pada zaman sekarang tidak semua orang mengetahui adat perkahwinan
melayu yang sebenar kerana banyak dipengaruhi oleh unsur permodenan dan
perkembangan teknologi.Jika pada zaman dahulu pertemuan
pasangan suami isteri banyak melibatkan orang tua yang memilih pasangan untuk
anak-anak mereka. Pertemuan pasangan bercinta hanya melalui pertemuan. Tetapi
pada zaman sekarang perkembangan
Information and Communication
Technology (ICT) yang canggih
memberi ruang kepada masyarakat Malaysia pada zaman sekarang untuk berhubung
dengan mudah antara satu sama lain. Penggunaannya sangat meluas dan tiada had.
Seluruh maklumat yang bersifat ‘global’ hanya berada dihujung jarinya.
Seseorang boleh berhubung dan bertukar-tukar maklumat dengan sesiapa sahaja
tanpa diketahui oleh sesiapa (dan juga mungkin tidak kenal siapa sebenarnya
yang seseorang itu sedang berhubung). Pertembungan akan berlaku di sini
(khususnya bagi anak-anak remaja) kerana kecanggihan teknologi ICT. Melalui
facebook dan twitter misalnya memberi
ruang kepada orang ramai untuk mengenali antara satu sama lain. Selepas
berkanalan melalui facebook pasangan tersebut akan mengatur pertemuan. Terdapat
banyak pertemuan melalui facebook yang membawa pasangan tersebut ke jinjang
palamin. Selain itu, terdapat banyak perkembangan mencari jodoh melalui
internet. Contohnya, terdapat banyak iklan yang disiarkan di internet untuk
mencari jodoh dan ruangan mencari
jodoh.Perlaksanaan majlis perkahwinan
di Malaysia zaman sekarang mengalami banyak perkembangan teknologi dan
permodenan dalam perlaksanaanya. Pada suatu ketika dahulu sebelum majlis
perkahwinan diadakan masyarakat akan berkumpul di rumah pasangan pengantin
lebih awal sebelum majlis berlangsung untuk menolong membuat persiapan apa yang
perlu seperti mendirikan khemah tetamu,menyiapkan pelamin dan bilik pengantin
serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan zaman dahulu menjadi tali
pengikat silaturahim antara sanak saudara dan antara anggota masyaraka. Namum
permodenan yang dikecapi menyebabkan masyarakat menjadi sibuk dan dan banyak
majlis perkahwinan sudah tidak diuruskan oeh tuan rumah tetapi diserahkan
kepada pihak lain untuk menguruskannya. Terdapat banyak syarikat yang
menyediakan perkhidmatan katerin. Disamping itu, tempat perlaksanaan majlis
perkahwinan juga sudah mengalami permodenan. Jika pada zaman dahulu rumah
merupakan tempat perlaksanaan majlis tetapi pada zaman moden ini banyak dewan
dan hotel dijadikan tempat perlaksanaan majlis. Ini mengambarkan masyarakat
Malaysia sudah sibuk dan wang ringgit
merupakan sesuatu yang penting dalam perlaksanaan majlis.

Majlis persandingan dianggap acara
kemuncak dalam sesebuah perkahwinan. Bagi menyerikan acara sebelum majlis
persandingan dijalankan, pelamin yang berbentuk seperti suatu singgahsana akan
disiapkan terlebih dulu dan ia dianggap antara persiapan paling utama. Ini
penting kerana ketika pasangan mempelai disandingkan di atas singgahsana itulah
beberapa acara adat dilakukan. Pelamin yang dibina akan dilengkapi dengan bangku
(kaus) atau dua kerusi dipanggil, peterakna dan di situlah tempat duduk
kedua-dua pengantin semasa bersanding.Pelamin dahulu lazimnya, diperbuat
daripada kayu dan kertas tebal yang dibalut serta dihiasi dengan kertas bunga
dan kain sutera yang berwarna-warni. Untuk lebih menarik, terdapat pelbagai
pelita kecil yang bermacam warna diletakkan di sekeliling bagi menambah
keindahannya. Besar mahupun kecil, mahal atau murah, dan elok atau buruknya
pelamin itu semua bergantung kepada kemampuan tuan rumah serta kepandaian
tukang pelamin. Bagaimanapun, ketinggian pelamin biasanya adalah dua atau tiga
tingkat dan setiap satu tingkat hanyalah lebih kurang satu kaki saja tingginya.
Bagi menambahkan keindahan pelamin, peterakna atau kaus tempat duduk pengantin
ketika bersanding akan dibalut dengan kain sutera atau baldu berwarna-warni dan
bertekat sulam yang indah. Peterakna itu diletakkan di tingkat atas sekali dan
di hadapannya diletakkan satu pahar berisi nasi kunyit serta dihiasi dengan
bunga telur. Kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan
bunga yang diperbuat daripada kertas perada dan manik jemeki berwarna-warni
serta berkilauan.Arus permodenan memperlihatkan
penggunaan pelamin semasa majlis perkahwinan semakin bertambah gaya pelamin dan
memperlihatkan kemewahan. kebanyakan pelamin memperlihatkan penggunaan gaya
yang mewah dan elegen dan berkonsepkan barat. perubahan arus semasa hari ini masih tetap
memperlihatkan, kepentingan menyediakan pelamin dalam sesebuah majlis perkahwinan.
Dahulu kepakaran tukang amat diperlukan untuk menyediakan pelamin memandangkan
kerja menyiapkannya agak rumit dan memerlukan kemahiran tinggi. Kini, peranan
tukang pelamin tidaklah menjadi keutamaan kerana tugas untuk menyiapkan pelamin
sudah jauh lebih mudah berbanding dulu. Bagaimanapun, kemahiran dan kreativiti
tetap diperlukan bagi individu yang membuat pelamin supaya ia bukan saja
sempurna tetapi tampak cantik, berseri serta mendapat perhatian atau tumpuan
tetamu.“Peralatan membuat pelamin dulu berat
dan memerlukan ramai tenaga kerja manakala kebanyakan kerja yang dibuat
memerlukan kemahiran untuk bertukang. Berbanding hari ini, kebanyakan peralatan
untuk membuat pelamin didatangkan daripada besi yang boleh dipasang siap dan
mudah dicantum-cantumkan sekali gus, kerja menjadi lebih mudah serta cepat,”. begitu
juga dengan kelengkapan barang lain bagi menghiasi pelamin seperti bantal kecil
dan kipas. Zaman dulu, pastinya begitu mementingkan hasil kerja seni yang
tinggi dengan memaparkan keindahan tekat sulaman emas pada bantal kecil dan
kipas. Untuk menyiapkan semua itu, sudah tentu mengambil masa dan memerlukan
kemahiran tinggi. Berbeza hari ini, kelengkapan seumpama itu banyak yang sudah
diubahsuai dan tidak rumit lagi disediakan. “Dari segi menghias pelamin juga sudah berbeza
dan perubahan itu berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian
arus zaman serta cita rasa terkini. Misalnya, suatu ketika dulu penggunaan
bunga plastik yang berwarna warni begitu popular bagi menambahkan seri hiasan
pelamin tetapi kini penggunaan riben dan renda semakin digemari. Untuk gaya
lebih anggun, pelbagai jenis fabrik polos digunakan untuk menghiasi latar
belakang pelamin. “Malah, pilihan warna pada pelamin juga ada perubahan ketara.
Dulu, rona kuning menjadi pilihan utama bagi kebanyakan mempelai bagi
memperlihatkan konsep ‘Raja Sehari’ tetapi hari ini pilihan warna dan gaya
pelamin lebih banyak dipengaruhi tema sesebuah majlis perkahwinan itu,”. Selain
memilih warna berdasarkan tema majlis perkahwinan, pasangan pengantin juga
perlu mengambil kira padanannya dengan warna pakaian dipakai mereka. Fungsi pelamin juga ada perubahan kerana
selain menumpukan acara adat bersanding, pelamin juga seolah-olah menjadi
‘studio’ bagi pasangan pengantin merakamkan gambar detik bersejarah mereka
ataupun sesi bergambar kenangan bersama ahli keluarga serta rakan. Untuk
memberi pilihan kepada pelanggan,
perkhidmatan pelamin disediakan menawarkan beberapa gaya hiasan pelamin. Selain
pelbagai gaya rekaan pelamin, mempelai juga boleh memilih gaya reka bentuk
kerusi yang digemari ketika duduk bersanding. Ini termasuk gaya kerusi
Cleopatra, besi kerawang dan kerusi berasingan. Arus permodenan memperlihatkan
penggunaan pelamin semasa majlis perkahwinan semakin bertambah gaya pelamin dan
memperlihatkan kemewahan.kebanyakan pelamin memperlihatkan penggunaan gaya yang
mewah dan elegen dan berkonsepkan barat.

Bagi masyarakat melayu, bunga
telur merupakan alatan yang paling penting semasa hari bersanding. Pada umumnya
bunga telur digunakan untuk menghiasi sekitar pelamin pengantin baru dan
dijadikan buah tangan untuk semua jemputan kahwin. Bunga telur merujuk kepada
kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan
mempelai. Mengikut orang melayu,telur yang terdapat dalam bunga melambangkan
kesuburan. Pemberian telur kepada jemputan kahwin adalah dianggap sebagai
mengumpul doa orang ramai agar pasangan kahwin tersebut subur dan mendapat
zuriat dalam masa terdekat. Walaupun
kehidupan kini semakin moden dan menyaksikan pelbagai elemen baru dalam seni
gubahan perkahwinan, namun penyediaan bunga telur dalam majlis perkahwinan
tetap diberi keutamaan. Juga merupakan tradisi yang ditinggalkan oleh nenek
moyang yang masih diamalkan. Pemberian bunga telur masih dititikberatkan sama
ada digunakan untuk hiasan pelamin atau dihulurkan kepada jemputan kahwin
sebagai tanda penghargaan ke atas kesudian meluangkan masa untuk datang. Pada
zaman dahulu bunga telur hanya dibuat sendiri menggunakan barang-barang yang
murah seperti kertas,penyedut minuman, plastik dan lain-lain yang menjimatkan
kos. Batang pisang pula digunakan untuk dicucuk bunga telur. Lama kelamaan
tradisi ini walaupun masih kekal diamalkan,pemberian bunga telur sebagai
cenderahati atau buah tangan kepada tetamu telah mengalami permodenan. Pada
zaman sekarang tuan rumah melihat pemberian tersebut sebagai buah tangan dan
pemberian tersebut menjadi tanda ingatan tntang hari bersejarah tersebut. Bunga
telur zaman sekarang mengalami perkembangan teknologi dalam pembuatannya.
Alatan untuk membuat sudah dikhususkan dan terdapat mesin pembuatan bunga. Arus
permodanan juga meemperlihatkan bunga telur sudah tidak dibuat sendiri
sebaliknya di beli di kedai-kedai yang menawarkan pelbagai jenis pilihan bunga.
Selain pemberian bunga telur , tuan rumah pada masa kini juga telah
memilih coklat, kek, gula-gula, tuala,
lilin perkahwinan, abun kawin, key chain, alas meja dan sebagainya kepada
jemputan berdasarkan bajet.
Fotografi majlis perkahwinan
merupakan langkah selamat untuk mengingati sejarah perkahwinan. Fotografi
merupakan elemen terpenting dalam sesebuah majlis perkahwinan kerana kita
memerlukan rakaman foto untuk mengingati sejarah malahan untuk menukil catatan
berdasarkan gambar-gambar yang dimiliki itu. Pada zaman dahulu pengguna kamera
untuk merakam gambar tidak meluas dan gambar kahwin ditangkap sendiri sahaja.
Perkembangan teknologi kamera memperlihatkan ramai kewujudan fotografer. Dengan
perkembangan bidang ini pasangan pengantin dapat banyak pekej fotografe di
majlis perkahwinan. Perkembangan ini berlaku disebabkan perkembangan teknologi
kemera.

Pakaian pengantin tradisional
atau klasik melambangkan kaum,budaya dan adat resam pengantin itu. Pakaian
pengantin zaman dahulu mempunyai gaya klasik seperti baju tradisional orang
melayu. Baju tersebut menggunakan kain jenis songket. Pakaian tradisional ini
memiliki garis dan corak yang cantik yang diperbuat daripada sutra dan yang
diproduksi oleh masyarakat mrelayu sendiri. sejarah jahitan bermula dangan
proses mencantum diantara benda-benda yang terpisah. Bagi manusia pada zaman
dahulu mereka mencamtumkan kulit-kulit kayu dan juga daun-daun kayu untuk
membuat pakaian. Pada sesetengah tempat kulit binatang dicantumkan untuk
dijadikan pakaian. Mereka juga menggunakan akar,kulit kayu,serta daun-daun
tumbuhan. Manusia telah maju setapak lagi dalam bidang pakaian dengan mencipta
benang yang dipintal daripada kapas,bulu
domba serta sutera yang kemudiannya dijadikan kain sebagai bahan dasar pakaian.
Kini terdapat pelbagai jenis kain
yang boleh dijadikan pakaian, diantaranya ialah cotton,linen,nilon,polyester
(tetaron) , satin, chiffon, organza, rayon , sutera, spandeks dan wol. Setiap
daripada jenis kain ini mempuyai kegunaanya yang tersendiri. Untuk pakaian
pangantin kain yang biasa digunakan ialah kain organza dan kain satin. Kain ini
diperbuat daripada sutera dan harga kain jenis ini sangat mahal kerana
tenunannya yang sukar dan nipis, namun kebanyakan organza moden diperbuat
daripada bahan sintetik seperti polyester atau nilon bagi memberi peluang
kepada golongan kurang berkemanpuan untuk mencuba kain organza. Kain satin pula
merupakan Janis kain yang ditenun dengan
menggunakan teknik serat filaman sehingga memiliki cirri khas permukaan yang
kilat dan licin. Jenis kain ini mula dikenali di eropah pada awal abad ke-20.
Kain jenis ini sangat digemari kerana akan membuatkan si pemakai kelihatan
glamor,sensual dan lebih feminin. Kain ini sangat sesuai untuk dibuat baju
melayu dan pakaian pengantin.Perkembangan pakaian pengantin ini
berlaku disebatkan berlakunya perkembanggan teknologi dalam bidang jahitan
iaitu penggunaan mesin jahit. Mesin jahit adalah peralatan mekanis atau
elektromanis yang berfungsi untuk menjahit. Sejarah menjahit pakaian
menggunakan jarum sudah dimulai pada awal zaman peradaban manusia. Selepas itu
manusia menggunakan jarum logam logam pada sekitar abad ke 14 yang merupakan
jarum dengan menggunakan lubang yang umum dijumpai pada saat ini. Penggunaan
teknologi ini kekal sehingga ke hari ini. Pada tahun 1755 seorang imigran
jerman, Charles weisenthal yang tinggal di inggeris mematenkan penemuan jarum
yang khusus dirancangkan untuk sebuah mesin. Terdapat pelbagai jenis mesin
jahid iaitu masin jahid kursus,umum,serba guna, listrik, kaki dan mesin jahit
tangan.Dari semasa ke semasa pakaian
pengantin ini mengalami perubahan teknologi dan permodenan dalam
penghasilannya. Pakaian pengantin moden seperti pakaian yang bercirikan “ala
inggeris” seperti gaun pengantin mempunyai leretan febrik di bahagian belakang.
Selain itu terdapat juga pakaian pengantin kontemprari yang merupakan pakaian
tradisional yang telah digabungkan antara budayaserta fesyen dan menjadikan
pakaian penganting lebih menyerlah. Pakaian pengantin zaman sekarang juga
dihiasi dangan pelbagai jenis labuci dan manik.
Kesimpulannya, Dapat dilihat bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam
gaya hidup dan penampilan masyarakat pada masa kini dan beranggapan bahawa
kemajuan teknologi amatlah berguna kepada manusia untuk melaksanakan sesuatu
hal. Jadi dengan adanya kemudahan teknologi ini, masyarakat lebih berpikiran
positif dan mampu untuk memajukan diri disamping menambahkan pengetahuan. Dr.
Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia". Sepanjang 22 tahun beliau
memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan
yang telah beliau rancang dan laksanakan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor
ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada
sebuah negara berasaskan perindustrian pada awal 80-an dan seterusnya
berkembang menjadi sebuah negara K-Ekonomi. Masyarakat Malaysia seharusnya
menggunakan kemudahan teknologi yang dikecapi ini dengan sebaiknya tanpa
menghilangkan identiti budaya kita.
Wild Horse Pass Casino Location 카지노사이트 카지노사이트 11bet 11bet starvegad starvegad 8342180 Soccer Best Predicting Soccer Prediction Site
BalasPadamSlots by Netent - DrMCD
BalasPadamSlots by Netent 아산 출장안마 are popular amongst slot enthusiasts because 거제 출장마사지 they allow the player to create 양산 출장샵 new 하남 출장마사지 and exciting games 부천 출장안마 which are very entertaining. They are also