Khamis, 18 April 2013

permodenan majlis perkahwinan masyarakat melayu


Di zaman yang moden dan printis pada masa kini, masyarakat haruslah berkembang seiring dengan pemodenan di dunia dan menerima segala perubahan yang berlaku agar masyarakat tidak ketinggalan dalam segala hal termasuk dalam era perkembangan teknologi. Modern berasal dari perkataan Latin ‘modo’ yang bermaksud ‘just now’ atau sebentar tadi. Pemodenan dihubungkan dengan konsep-konsep utama seperti Pembangunan, Perindustrian, Perbandaran
Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama.Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Teknologi dan maklumat telah berjaya menghapuskan batasan sempadan sesebuah negara. Nagara Malaysia sendiri telah mengalami permodenan dan perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang termasuklah gaya hidup masyarakatnya. Setiap negara yang terdapat di dunia ini sentiasa berlumba – lumba untuk meningkatkan lagi tahap teknologi dan permodenan negara masing – masing. Bagi Malaysia, kita sering berusaha untuk mengarusperdanakan teknologi dan pemodenan dari masa ke semasa. Sekiranya pada zaman dahulu kita dianggap sebagai salah sebuah negara mundur yang tidak mempunyai teknologi, tetapi sekarang kita sudah boleh dikatakan mampu untuk bersaing dengan negara luar dari segi perkembangan teknologi dan pemodenan. Menurut Tun Dr. Mahathir iaitu bapa pemodenan Malaysia, rakyat Malaysia sekarang sudah mampu untuk menghadapi penerimaan teknologi dan pemodenan yang semakin canggih. Masyarakat sekarang ini terutamanya di negara Malaysia mampu untuk menggunakan teknologi dan permodenan yang sedia ada malah kebanyakkannya menggunakannya dalam kehidupan harian mereka. Seperti yang dapat kita lihat, teknologi komunikasi pada masyarakat Malaysia dahulu agak sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tetapi lain halnya pada masa kini dengan perkembangan teknologi komunikasi seperti internet, skype, persidangan video, masyarakat kini pantas untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan ini. Itulah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir. Teknologi dan Pemodenan boleh membawa kepada kebaikan dan keburukan dan ianya bergantung kepada masyarakat itu sendiri tentang bagaimana mereka hendak menerima perkembangan yang sedang berlaku pada zaman sekarang. Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Adat perkahwinan melayu merupakan ada resam yang paling disayangi dan paling dipegang teguh oleh kebanyakkan orang melayu. Namum pada zaman sekarang tidak semua orang mengetahui adat perkahwinan melayu yang sebenar kerana banyak dipengaruhi oleh unsur permodenan dan perkembangan teknologi.Jika pada zaman dahulu pertemuan pasangan suami isteri banyak melibatkan orang tua yang memilih pasangan untuk anak-anak mereka. Pertemuan pasangan bercinta hanya melalui pertemuan. Tetapi pada zaman sekarang perkembangan  Information and Communication  Technology  (ICT) yang canggih memberi ruang kepada masyarakat Malaysia pada zaman sekarang untuk berhubung dengan mudah antara satu sama lain. Penggunaannya sangat meluas dan tiada had. Seluruh maklumat yang bersifat ‘global’ hanya berada dihujung jarinya. Seseorang boleh berhubung dan bertukar-tukar maklumat dengan sesiapa sahaja tanpa diketahui oleh sesiapa (dan juga mungkin tidak kenal siapa sebenarnya yang seseorang itu sedang berhubung). Pertembungan akan berlaku di sini (khususnya bagi anak-anak remaja) kerana kecanggihan teknologi ICT. Melalui facebook dan twitter misalnya  memberi ruang kepada orang ramai untuk mengenali antara satu sama lain. Selepas berkanalan melalui facebook pasangan tersebut akan mengatur pertemuan. Terdapat banyak pertemuan melalui facebook yang membawa pasangan tersebut ke jinjang palamin. Selain itu, terdapat banyak perkembangan mencari jodoh melalui internet. Contohnya, terdapat banyak iklan yang disiarkan di internet untuk mencari jodoh dan ruangan mencari jodoh.Perlaksanaan majlis perkahwinan di Malaysia zaman sekarang mengalami banyak perkembangan teknologi dan permodenan dalam perlaksanaanya. Pada suatu ketika dahulu sebelum majlis perkahwinan diadakan masyarakat akan berkumpul di rumah pasangan pengantin lebih awal sebelum majlis berlangsung untuk menolong membuat persiapan apa yang perlu seperti mendirikan khemah tetamu,menyiapkan pelamin dan bilik pengantin serta menyediakan bunga telur. Majlis perkahwinan zaman dahulu menjadi tali pengikat silaturahim antara sanak saudara dan antara anggota masyaraka. Namum permodenan yang dikecapi menyebabkan masyarakat menjadi sibuk dan dan banyak majlis perkahwinan sudah tidak diuruskan oeh tuan rumah tetapi diserahkan kepada pihak lain untuk menguruskannya. Terdapat banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan katerin. Disamping itu, tempat perlaksanaan majlis perkahwinan juga sudah mengalami permodenan. Jika pada zaman dahulu rumah merupakan tempat perlaksanaan majlis tetapi pada zaman moden ini banyak dewan dan hotel dijadikan tempat perlaksanaan majlis. Ini mengambarkan masyarakat Malaysia sudah sibuk dan wang  ringgit merupakan sesuatu yang penting dalam perlaksanaan majlis.


Majlis persandingan dianggap acara kemuncak dalam sesebuah perkahwinan. Bagi menyerikan acara sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin yang berbentuk seperti suatu singgahsana akan disiapkan terlebih dulu dan ia dianggap antara persiapan paling utama. Ini penting kerana ketika pasangan mempelai disandingkan di atas singgahsana itulah beberapa acara adat dilakukan. Pelamin yang dibina akan dilengkapi dengan bangku (kaus) atau dua kerusi dipanggil, peterakna dan di situlah tempat duduk kedua-dua pengantin semasa bersanding.Pelamin dahulu lazimnya, diperbuat daripada kayu dan kertas tebal yang dibalut serta dihiasi dengan kertas bunga dan kain sutera yang berwarna-warni. Untuk lebih menarik, terdapat pelbagai pelita kecil yang bermacam warna diletakkan di sekeliling bagi menambah keindahannya. Besar mahupun kecil, mahal atau murah, dan elok atau buruknya pelamin itu semua bergantung kepada kemampuan tuan rumah serta kepandaian tukang pelamin. Bagaimanapun, ketinggian pelamin biasanya adalah dua atau tiga tingkat dan setiap satu tingkat hanyalah lebih kurang satu kaki saja tingginya. Bagi menambahkan keindahan pelamin, peterakna atau kaus tempat duduk pengantin ketika bersanding akan dibalut dengan kain sutera atau baldu berwarna-warni dan bertekat sulam yang indah. Peterakna itu diletakkan di tingkat atas sekali dan di hadapannya diletakkan satu pahar berisi nasi kunyit serta dihiasi dengan bunga telur. Kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga yang diperbuat daripada kertas perada dan manik jemeki berwarna-warni serta berkilauan.Arus permodenan memperlihatkan penggunaan pelamin semasa majlis perkahwinan semakin bertambah gaya pelamin dan memperlihatkan kemewahan. kebanyakan pelamin memperlihatkan penggunaan gaya yang mewah dan elegen dan berkonsepkan barat.  perubahan arus semasa hari ini masih tetap memperlihatkan, kepentingan menyediakan pelamin dalam sesebuah majlis perkahwinan. Dahulu kepakaran tukang amat diperlukan untuk menyediakan pelamin memandangkan kerja menyiapkannya agak rumit dan memerlukan kemahiran tinggi. Kini, peranan tukang pelamin tidaklah menjadi keutamaan kerana tugas untuk menyiapkan pelamin sudah jauh lebih mudah berbanding dulu. Bagaimanapun, kemahiran dan kreativiti tetap diperlukan bagi individu yang membuat pelamin supaya ia bukan saja sempurna tetapi tampak cantik, berseri serta mendapat perhatian atau tumpuan tetamu.“Peralatan membuat pelamin dulu berat dan memerlukan ramai tenaga kerja manakala kebanyakan kerja yang dibuat memerlukan kemahiran untuk bertukang. Berbanding hari ini, kebanyakan peralatan untuk membuat pelamin didatangkan daripada besi yang boleh dipasang siap dan mudah dicantum-cantumkan sekali gus, kerja menjadi lebih mudah serta cepat,”. begitu juga dengan kelengkapan barang lain bagi menghiasi pelamin seperti bantal kecil dan kipas. Zaman dulu, pastinya begitu mementingkan hasil kerja seni yang tinggi dengan memaparkan keindahan tekat sulaman emas pada bantal kecil dan kipas. Untuk menyiapkan semua itu, sudah tentu mengambil masa dan memerlukan kemahiran tinggi. Berbeza hari ini, kelengkapan seumpama itu banyak yang sudah diubahsuai dan tidak rumit lagi disediakan. “Dari segi menghias pelamin juga sudah berbeza dan perubahan itu berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut kesesuaian arus zaman serta cita rasa terkini. Misalnya, suatu ketika dulu penggunaan bunga plastik yang berwarna warni begitu popular bagi menambahkan seri hiasan pelamin tetapi kini penggunaan riben dan renda semakin digemari. Untuk gaya lebih anggun, pelbagai jenis fabrik polos digunakan untuk menghiasi latar belakang pelamin. “Malah, pilihan warna pada pelamin juga ada perubahan ketara. Dulu, rona kuning menjadi pilihan utama bagi kebanyakan mempelai bagi memperlihatkan konsep ‘Raja Sehari’ tetapi hari ini pilihan warna dan gaya pelamin lebih banyak dipengaruhi tema sesebuah majlis perkahwinan itu,”. Selain memilih warna berdasarkan tema majlis perkahwinan, pasangan pengantin juga perlu mengambil kira padanannya dengan warna pakaian dipakai mereka. Fungsi pelamin juga ada perubahan kerana selain menumpukan acara adat bersanding, pelamin juga seolah-olah menjadi ‘studio’ bagi pasangan pengantin merakamkan gambar detik bersejarah mereka ataupun sesi bergambar kenangan bersama ahli keluarga serta rakan. Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, perkhidmatan pelamin disediakan menawarkan beberapa gaya hiasan pelamin. Selain pelbagai gaya rekaan pelamin, mempelai juga boleh memilih gaya reka bentuk kerusi yang digemari ketika duduk bersanding. Ini termasuk gaya kerusi Cleopatra, besi kerawang dan kerusi berasingan. Arus permodenan memperlihatkan penggunaan pelamin semasa majlis perkahwinan semakin bertambah gaya pelamin dan memperlihatkan kemewahan.kebanyakan pelamin memperlihatkan penggunaan gaya yang mewah dan elegen dan berkonsepkan barat.


Bagi masyarakat melayu, bunga telur merupakan alatan yang paling penting semasa hari bersanding. Pada umumnya bunga telur digunakan untuk menghiasi sekitar pelamin pengantin baru dan dijadikan buah tangan untuk semua jemputan kahwin. Bunga telur merujuk kepada kuntum bunga diikat telur dan dipacak pada pulut kuning di kiri dan kanan mempelai. Mengikut orang melayu,telur yang terdapat dalam bunga melambangkan kesuburan. Pemberian telur kepada jemputan kahwin adalah dianggap sebagai mengumpul doa orang ramai agar pasangan kahwin tersebut subur dan mendapat zuriat dalam masa terdekat.            Walaupun kehidupan kini semakin moden dan menyaksikan pelbagai elemen baru dalam seni gubahan perkahwinan, namun penyediaan bunga telur dalam majlis perkahwinan tetap diberi keutamaan. Juga merupakan tradisi yang ditinggalkan oleh nenek moyang yang masih diamalkan. Pemberian bunga telur masih dititikberatkan sama ada digunakan untuk hiasan pelamin atau dihulurkan kepada jemputan kahwin sebagai tanda penghargaan ke atas kesudian meluangkan masa untuk datang. Pada zaman dahulu bunga telur hanya dibuat sendiri menggunakan barang-barang yang murah seperti kertas,penyedut minuman, plastik dan lain-lain yang menjimatkan kos. Batang pisang pula digunakan untuk dicucuk bunga telur. Lama kelamaan tradisi ini walaupun masih kekal diamalkan,pemberian bunga telur sebagai cenderahati atau buah tangan kepada tetamu telah mengalami permodenan. Pada zaman sekarang tuan rumah melihat pemberian tersebut sebagai buah tangan dan pemberian tersebut menjadi tanda ingatan tntang hari bersejarah tersebut. Bunga telur zaman sekarang mengalami perkembangan teknologi dalam pembuatannya. Alatan untuk membuat sudah dikhususkan dan terdapat mesin pembuatan bunga. Arus permodanan juga meemperlihatkan bunga telur sudah tidak dibuat sendiri sebaliknya di beli di kedai-kedai yang menawarkan pelbagai jenis pilihan bunga. Selain pemberian bunga telur , tuan rumah pada masa kini juga telah memilih  coklat, kek, gula-gula, tuala, lilin perkahwinan, abun kawin, key chain, alas meja dan sebagainya kepada jemputan berdasarkan bajet.

Fotografi majlis perkahwinan merupakan langkah selamat untuk mengingati sejarah perkahwinan. Fotografi merupakan elemen terpenting dalam sesebuah majlis perkahwinan kerana kita memerlukan rakaman foto untuk mengingati sejarah malahan untuk menukil catatan berdasarkan gambar-gambar yang dimiliki itu. Pada zaman dahulu pengguna kamera untuk merakam gambar tidak meluas dan gambar kahwin ditangkap sendiri sahaja. Perkembangan teknologi kamera memperlihatkan ramai kewujudan fotografer. Dengan perkembangan bidang ini pasangan pengantin dapat banyak pekej fotografe di majlis perkahwinan. Perkembangan ini berlaku disebabkan perkembangan teknologi kemera.


Pakaian pengantin tradisional atau klasik melambangkan kaum,budaya dan adat resam pengantin itu. Pakaian pengantin zaman dahulu mempunyai gaya klasik seperti baju tradisional orang melayu. Baju tersebut menggunakan kain jenis songket. Pakaian tradisional ini memiliki garis dan corak yang cantik yang diperbuat daripada sutra dan yang diproduksi oleh masyarakat mrelayu sendiri. sejarah jahitan bermula dangan proses mencantum diantara benda-benda yang terpisah. Bagi manusia pada zaman dahulu mereka mencamtumkan kulit-kulit kayu dan juga daun-daun kayu untuk membuat pakaian. Pada sesetengah tempat kulit binatang dicantumkan untuk dijadikan pakaian. Mereka juga menggunakan akar,kulit kayu,serta daun-daun tumbuhan. Manusia telah maju setapak lagi dalam bidang pakaian dengan mencipta benang  yang dipintal daripada kapas,bulu domba serta sutera yang kemudiannya dijadikan kain sebagai bahan dasar pakaian.
Kini terdapat pelbagai jenis kain yang boleh dijadikan pakaian, diantaranya ialah cotton,linen,nilon,polyester (tetaron) , satin, chiffon, organza, rayon , sutera, spandeks dan wol. Setiap daripada jenis kain ini mempuyai kegunaanya yang tersendiri. Untuk pakaian pangantin kain yang biasa digunakan ialah kain organza dan kain satin. Kain ini diperbuat daripada sutera dan harga kain jenis ini sangat mahal kerana tenunannya yang sukar dan nipis, namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti polyester atau nilon bagi memberi peluang kepada golongan kurang berkemanpuan untuk mencuba kain organza. Kain satin pula merupakan  Janis kain yang ditenun dengan menggunakan teknik serat filaman sehingga memiliki cirri khas permukaan yang kilat dan licin. Jenis kain ini mula dikenali di eropah pada awal abad ke-20. Kain jenis ini sangat digemari kerana akan membuatkan si pemakai kelihatan glamor,sensual dan lebih feminin. Kain ini sangat sesuai untuk dibuat baju melayu dan pakaian pengantin.Perkembangan pakaian pengantin ini berlaku disebatkan berlakunya perkembanggan teknologi dalam bidang jahitan iaitu penggunaan mesin jahit. Mesin jahit adalah peralatan mekanis atau elektromanis yang berfungsi untuk menjahit. Sejarah menjahit pakaian menggunakan jarum sudah dimulai pada awal zaman peradaban manusia. Selepas itu manusia menggunakan jarum logam logam pada sekitar abad ke 14 yang merupakan jarum dengan menggunakan lubang yang umum dijumpai pada saat ini. Penggunaan teknologi ini kekal sehingga ke hari ini. Pada tahun 1755 seorang imigran jerman, Charles weisenthal yang tinggal di inggeris mematenkan penemuan jarum yang khusus dirancangkan untuk sebuah mesin. Terdapat pelbagai jenis mesin jahid iaitu masin jahid kursus,umum,serba guna, listrik, kaki dan mesin jahit tangan.Dari semasa ke semasa pakaian pengantin ini mengalami perubahan teknologi dan permodenan dalam penghasilannya. Pakaian pengantin moden seperti pakaian yang bercirikan “ala inggeris” seperti gaun pengantin mempunyai leretan febrik di bahagian belakang. Selain itu terdapat juga pakaian pengantin kontemprari yang merupakan pakaian tradisional yang telah digabungkan antara budayaserta fesyen dan menjadikan pakaian penganting lebih menyerlah. Pakaian pengantin zaman sekarang juga dihiasi dangan pelbagai jenis labuci dan manik. 
Kesimpulannya, Dapat dilihat bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam gaya hidup dan penampilan masyarakat pada masa kini dan beranggapan bahawa kemajuan teknologi amatlah berguna kepada manusia untuk melaksanakan sesuatu hal. Jadi dengan adanya kemudahan teknologi ini, masyarakat lebih berpikiran positif dan mampu untuk memajukan diri disamping menambahkan pengetahuan. Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia". Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian pada awal 80-an dan seterusnya berkembang menjadi sebuah negara K-Ekonomi. Masyarakat Malaysia seharusnya menggunakan kemudahan teknologi yang dikecapi ini dengan sebaiknya tanpa menghilangkan identiti budaya kita.

2 ulasan:

  1. Wild Horse Pass Casino Location 카지노사이트 카지노사이트 11bet 11bet starvegad starvegad 8342180 Soccer Best Predicting Soccer Prediction Site

    BalasPadam
  2. Slots by Netent - DrMCD
    Slots by Netent 아산 출장안마 are popular amongst slot enthusiasts because 거제 출장마사지 they allow the player to create 양산 출장샵 new 하남 출장마사지 and exciting games 부천 출장안마 which are very entertaining. They are also

    BalasPadam